Friday 27 February 2015

Kebakaran belukar akibat cuaca panas

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum...

Ini semalam punya cerita, pukul 4.30pm gitu.. dalam tekun buat keje.... betullah tekunnn.. hehee.. tiba-tiba seorang staff dari Facility Dept menjerit dengan muka separa cemas.. "Keluar...! Keluar!.. tinggalkan meja anda!" adehh... ade ape benda plak ni.. "Cepat...! Cepat..!" lagi sekali beliau menjerit.. kita lagi relax-relax.. ingatkan ujian kebakaran.. tapi apsal takde bunyi siren ea? "CEPAT! CEPAT!" lagi kuat dan lantang beliau menjerit..

Sempat Nurul mencapai benda-benda penting purse, henpong ngan access kad, dalam terkejar-kejar tu, tak perasan plak tak tukar kasut, adess.. kalau duk kat desk memang pakai sandal je..hilang vogue jap..hahaa.. vogue ke? *jari letak kat bahu, mana nengok atas... haha :p

Kebakaran belukar akibat cuaca panas

Rupanya terjadi kebakaran dibelukar bersebelahan.. dasat juga kebakaran tu.. asap tebal menyelubungi, bahang terasa perit lebih-lebih lagi dalam cuaca yang memang terik..

Kebakaran belukar akibat cuaca panas

Sementara menanti ketibaan bomba, mereka yang berkenaan berusaha mengawal kebakaran.. memang babak cemas betul la.. api begitu marak dan cepat merebak

Kebakaran belukar akibat cuaca panas

Dalam 20 minit juga baru pasukan bomba datang.. tapi agak pelik kenapa bomba beruniform tak kelihatan.. yang kecik tu kenderaan bomba juga, perkataan Bomba Sukarelawan tertulis kat kenderaan itu... dia datang dengan lori yg nampak kepala je tu, belah kanan, bomba kecik ni lebih cepat sampai dari bomba besar tu..

Kebakaran belukar akibat cuaca panas

Inilah latest pic yang Nurul amik tadi.. melihat keadaan ni, teringat kampung, kalau tanamkan padi atas jagung ni mesti suburkan?


Pesanan penaja : Musim panas terik begini jaga kesihatan ye.. elakkan aktiviti luar, kalau perlu juga, pakai topi, lebihkan minum air, pakai pakaian yang bersesuaian yang menyerap peluh contohnya jenis cotton. 


FIRST GIVEAWAY MAWAR PUTIH

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum...

Salam Jumaat semua.. jom join simple giveaway anjuran blogger Mawar Putih^^


Blogger Mawar Putih


Sila klik banner dibawah untuk JOIN :)

First giveaway mawar putih

Hurry peeps..!


Thursday 26 February 2015

Deep Thoughts # 1

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum...



ABC Special Azmie Wawa Kg. Melayu Majidee, Johor Bahru

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum...

Lunch tadi Nurul mengembara sedikit jauh untuk menikmati ABC Special yang menjadi sebutan ramai.. adalah kira-kira 30 minit dari ofis Nurul.. sib baik jalan tak lah jem sangat tadi, kalau tak, memang masuk pukul 3pm la Nurul.. hahaa.. takpe.. boss kan genk! ehehee...


ABC Special Azmie Wawa Kg. Melayu Majidee, Johor Bahru
ABC Special MYR3.00

 Nampak mengancam tak? kiranya first time la ni nak merasa sendiri, betul ke bagai dikata... bagi Nurul, ABC ni biasa je, takde la special atau sedap mana, eskrem tu, coklat tu, kacang tu, biasa je.. tak mencapai tahap yang Nurul bayangkan... nampak pic memang gempaq kan? hehee.. tapi mungkin juga sebab Nurul ni bukan pencinta eskrem, bukan juga pencinta minuman sejuk2 atau yang manis-manis..


ABC Special Azmie Wawa Kg. Melayu Majidee, Johor Bahru
Baryani Kambing MYR8.00 (Ayam dan daging MYR7.00)

 Nasi beriani ayam, daging dan kambing pun ada.. Nurul order Beriani Kambing.. urmm.. sedap.. serius! nasinya penuh rasa, daging kambing pun lembut dan tak bau kambing.. kadangkan ade bau kambing yang kuat, yang ni tak, serve dengan dalca dan Acar timun + nanas.. yang buat potong skit, papadom takde.. aiyooo... tu bukan genk ketat beriani ke? walau terkehel sikit selera tapi tetap bersih juga.. ehehee.. alaa.. sikit je nasinye... ce tengok pic.. kannn? sikit kan? :p


ABC Special Azmie Wawa Kg. Melayu Majidee, Johor Bahru
Rojak Sotong Kangkung MYR6.00

Dapat teka tak menu yang ni? Ini la Rojak Sotong Kangkung ditaburi kacang.. kangkungnya di sebalik sotong kembang tu.. yang ni pun bole tahan gak sebagai side dish..


ABC Special Azmie Wawa Kg. Melayu Majidee, Johor Bahru


Semua yang diatas tu bole didapati disini, Medan Selera Azmie Wawa Dan Rakan-rakan, terletak di Kampung Melayu Majidee. Terdapat lebihkurang 6~8 gerai makan termasuk 1 gerai air... satay, Asma rojak, seafood, bubur, macam-macam Sup.. Nurul datang tadi orang memang ramai, info bagi sesapa yang mungkin nak pekena sini, medan selera ini dibuka sampai 10malam dan tutup tiap hari isnin tapi adik jaga gerai baryani tu tadi kata dia tutup hari selasa so agak pening disitu.. mungkin baryani tutup isnin dan Selasa la kot sebab gerai airnya cuma satu.. 

Di deretan kedai ni, ade satu restoran Murtabak, kawan kata power murtabaknya.. ntah le tu ape powernye.. takut indah kabar dari rupa jek.. next round nak try situ lak.. anything.. Nurul akan update sini.. till then.. babaiii :)) 


Wednesday 25 February 2015

Perasaan apakah?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum..

Perasaan. Susah untuk dimengerti, walaupun perasaan sendirikan? dalam gembira ada sedih, dalam sedih ada gembira..dalam memiliki ada rasa kehilangan, begitulah sebaliknya.. 


Perasaan apakah?


Ada ungkapan yang sering kita dengar "Jangan terlalu mengikut perasaan, diri sendiri merana".. mungkin ada betulnya sebab perasaan tu silih berganti so tak payahlah nak beriye-iye layan pon.. hehee.. kadang happy, kadang sedih, kadang over sensitif, bosan, sepi... kadang rasa cam nak nangis tapi bila difikir-fikir, takde ape pula yang perlu ditangiskan.. urmm.. 




Bila cakap pasal perasaan ni tak habis-habis sebenarnya.. Setiap hari semua perkara yang berlaku disekeliling membuatkan kita bermain dengan perasaan, tak kiralah kehidupan peribadi, alam pekerjaan, hubungan sesama manusia, alam sekeliling, semuanya memerlukan perasaan untuk bersikap dan seterusnya menentukan tindakan yang akan kita ambil terhadap satu-satu keadaan itu... betul tak? haa? salah ke? hahaa.. ok2... mungkin juga Nurul salah.. huhuu :p


relax
Relax.. take it easy..

Orang yang optimis bukanlah orang yang hidup tanpa kesusahankan? orang yang optimis adalah orang yang sentiasa kuat menghadapi ujian atau cabaran.. sentiasa mencari-cari sudut positif pada setiap keadaan negatif, mampu mendidik hati agar sentiasa redha dan sabar serta yakin pada Qada dan Qadar Allah. In shaa Allah.


Wednesday 18 February 2015

Rabu yang bisu # 39 : Sangka Baik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamua'alaikum..

Rabu yang bisu # 39 : Sangka Baik

Bersangka baik kunci sesuatu IKATAN
Jangan berkecil hati jika orang lain salah faham pada kita
kerana Allah faham isi hati kita
Jangan gusar jika ada yang menghakimi kita
Kerana tiada hakim sebaik ALLAH

Sekeping kenangan menggamit sejuta nostalgia

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Sekeping kenangan menggamit sejuta nostalgia

Andai diberi pilihan untuk lahir semula,
Aku masih mahu menjadi anak Bapa dan Mak
Biarpun hidup mungkin sedikit kekurangan
Namun itulah yang membentuk Aku pada hari ini..

Friday 6 February 2015

Makan-Makan : Warung Usop Sonto, Jalan Kempas Lama, Kg. Sinaran Kempas, Johor

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum..

Lunch hari ni Nurul kesini lagi .. satu tempat yang dulu selalu juga Nurul datang lunch.. semenjak satu peristiwa tu, Nurul dah jarang sangat ke sini.. hehee.. bukan ape, dulu ade kawan suka sangat mai makan sini, sekarang dia dah berenti so, Nurul takde la genk nak mai sini... baru hari ni lagi, kawan ajak ke sini so.. amik la pic ni.. buat tatapan semua.. mana tau ade yang duk area sini tapi tak tau pun tempat yang mavles ni.. nak duduk2 amik angin petang sambil pekena goreng2an.. buka dari pagi kul 9am sampai la malam.. 

Macam biasa jom layan pic, biar pic berbicara.. hihii ^___^

Makan-Makan : Warung Usop Sonto, Jalan Kempas Lama, Kg. Sinaran Kempas, Johor

Keladi goreng, Tauhu goreng, Cendawan goreng, Tempe Goreng, Keledek Goreng, Pisang Nipah Goreng, Pisang Tanduk Goreng, Burung Puyuh Goreng, dalam bungkusan tu pulak,  Nasi lemak, Mehun goreng, Mee goreng, Nasi Ambang.. semua murah2 je..

Makan-Makan : Warung Usop Sonto, Jalan Kempas Lama, Kg. Sinaran Kempas, Johor

Nampak tak betapa banyaknye pilihan.. kalau musim cempedak, memang awesome sungguh! singgit 4 biji juga.. semua 4 singgit kecuali Cendawan goreng 3 singgit.. pun masih murah sebab Cendawannya besar2..


Makan-Makan : Warung Usop Sonto, Jalan Kempas Lama, Kg. Sinaran Kempas, Johor

Warung ni signature dish dia yg inilah.. Sup Cendawan.. boleh bubuh Meehun, Mee, Nasi lontong, Nasi pun ade, memang sentiasa penuh warung ni walau pun humble warung je.. kat sini ada ayam, daging, gearbox, perut lembu(macam yang warna kuning kat pic atas) Macam ni RM4.50 jer

Makan-Makan : Warung Usop Sonto, Jalan Kempas Lama, Kg. Sinaran Kempas, Johor

Ni burung puyuh... ehh.. hellooo Nurul! perlu ke introduce? ade ke yang tak kenal puyuh? hahaha... mana la tau kannn... hehee.. sedap tau.. RM3.50 je.. tapi tak bole makan selalu, kolestrol tinggi :))

Makan-Makan : Warung Usop Sonto, Jalan Kempas Lama, Kg. Sinaran Kempas, Johor

Ni bungkusan nasi lemak, my fren yang makan ok.. takde nye Nurul yang bedal semuanya.. haha... cuba teka berapa harga? apee? berapa? 

Makan-Makan : Warung Usop Sonto, Jalan Kempas Lama, Kg. Sinaran Kempas, Johor

Nasi lemak selepas dibuka.. sedap tau, my fren cakap la.. only RM0.70.. betul tu 70sen je.. ada telur tu.. nampak tak? 1/4 .. ada timun.. cuma kacang je takde.. 

Makan-Makan : Warung Usop Sonto, Jalan Kempas Lama, Kg. Sinaran Kempas, Johor

Nahhh... bersih kan? hahhaa.. makan abis.. citer pun abis lor! haha


Makan-Makan : Warung Usop Sonto, Jalan Kempas Lama, Kg. Sinaran Kempas, Johor

Ni alamat warung tu.. kalau datang JB.. mai la singgah sini.. tapi warung je tau, natural air-con je..

Wednesday 4 February 2015

Berzikir menenangkan hati

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum...

Sentiasa mengingati Allah disetiap denyut nadi..
Dari dia kita datang dan pada dia jugalah kita akan kembali
Segalanya hanya pinjaman.. bukan hakiki..
dan bakal kita tinggalkan bila tiba masanya nanti..
Hanya ALLAH yang kekal abadi..

SUBHANALLAH.  ALHAMDULILLAH.  ALLAHUAKHBAR


Berzikir menenangkan hati



Berzikir menenangkan hati

Hidup selalu menawarkan pilihan...

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum...

Berusaha dan bertawakal dan bukannya sekadar pasrah dan redha
pada DIA lah tempat kita menghadapkan segala permohonan dan pengharapan..
Allah maha pengasih, maha penyayang, maha segala-galanya..
In shaa Allah..


Hidup selalu menawarkan pilihan...


Tuesday 3 February 2015

Jom amalkan minum air atau makan bunga Rose / bunga Mawar

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Asslamualaikum...

Hari ni Nurul nak kongsi salah satu amalan harian Nurul..  minum air rendaman bunga mawar kering.
rasanya, ramai yang dah tahu dan mungkin juga mengamalkan seperti Nurul tapi kita share pada yang belum mengetahui atau mencari info tentang ini..

Nurul sukaaa sangat dengan bunga mawar, menerima sekuntum atau berkuntum-kuntum bunga mawar adalah satu kebahagiaan, they look stunning and smell great! :D


Jom amalkan minum air atau makan bunga Rose / bunga Mawar
Ni la rupa bunga rose kering tetap kelihatan cantik dan gojes gitu kan? 

Bunga Rose kering mudah didapati dikedai ubat kaum cina, dulu-dulu murah je, satu paket dalam 200gm gitu baru RM5.00 tapi sekarang ni dah RM9.00 dah.. ni di kedai yang biasa Nurul beli la.. lain tempat mungkin lagi mahal mungkin juga murah.. 


Jangan tak tahu ramai yang mengamalkan memakan sekuntum bunga rose segar setiap pagi, kalau nak amalkan yang ini,  Nurul cadangkan tanam sendiri la ye sebab kalau yang jual kat luar tu..urmm.. faham2 je la.. mesti kene sembur dengan racun serangga atau disuntik bahan kimia untuk ketahanan bunganya.. bahaya tu! Bunga rose ni dah terkenal dengan kepentingannya dalam sihat dan cantik dari zaman Yunani purba dan Rom lagi, zaman Cleopatra.. dia ni memang taksub sikit dengan bunga rose ni.. tak caya? ce google..hehee


Jom amalkan minum air atau makan bunga Rose / bunga Mawar
Rendam dalam air panas, tutup bekas. biarkan bunga layu

Ini miss Google yang cakap ye :
  • Secawan air rose hangat dan aromanya menghilangkan rasa bimbang dan takut, bole juga dicampurkan kedalam teh.
  • Ia juga sebagai detox dan membantu mendapatkan kualiti tidur yang lebih baik
  • Juga boleh dicampurkan dalam adunan mask untuk menghilangkan masalah kulit muka
  • Ia kaya dengan vitamin C baik untuk badan, kulit dan rambut
  • Anti-oksidan yang menakjubkan
  • banyak lagi kebaikan-kebaikan bunga rose ni.. ade masa bole tanya miss google ye :))

Jom amalkan minum air atau makan bunga Rose / bunga Mawar
Inilah rupa bunga selepas direndam dua kali..
bole digunakan sampai warna nye tu hilang

Dari pengalaman Nurul sendiri, Nurul mengamalkan setiap pagi merendam bunga rose kering dengan air panas, satu mug dalam 200ml air letak 5~7 kuntum bunga rose, biarkan dalam 10minit dan meminumnye ketika masih agak panas, Nurul menggunakannya dua kali. Apa yang Nurul rasa dari amalam ni, dari segi luaran, kulit looks more radiance, rosy dan lembab.. dalaman pula, baik utk detox dan penghadaman.. 


Simple je amalan ni tapi banyak kebaikannya... in shaa Allah.. 

Monday 2 February 2015

Modern Tradition

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



21st century....
We are become lesser by the day

Our Communication - Wireless
Out Telephone - Cordless
Our Cooking - Fireless
Our Youth - Jobless
Our Food - Fatless
Our Labour  Effortless
Our conduct – Worthless
Our relation – Loveless 
Our attitude – Careless
Our feelings – Heartless
Our politics – Shameless
Our education – Valueless
Our follies – Countless
Our arguments – Baseless
Our Job – Thankless
Our Boss – Brainless
Our Salary – Very less
Most emails – useless