Wednesday 29 October 2014

Siput Gonggong, Siput Tarik Ekor atau Siput Manis?

Assalamu'alaikum...

Siput Gonggong atau Siput Tarik?
Inilah rupe siput dalam
cengkerang tu
Ada sesiapa yang tak pernah nampak siput ni? Nurul pun baru berkenalan, dikenali sebagai Siput Gonggong, sedangkan di tanah tumpah darahku..hikss.. Sabah memang terkenal dengan siput ni..huhuu.. Nama saintifik Laevistrombus Canarium, kalau di sabah, di restoran makanan laut, ia dilabelkan sebagai Strombuss Shell atau Siput Tarik. 


Rasanya kenyal-kenyal seperti sotong.. rebus dengan bawang dan serai, rebus sekejap je dengan air sedikit.. kalau rebus lama, isi jadi keras dan agak susah untuk dikeluarkan.. Masak steam pun bole, steam dengan bawang putih. Cicah dengan sambal kicap atau Thai sos.  Ada sesetengah tempat panggil Siput Manis, ade juga yang kata Siput Tarik Ekor, mungkin sebab nak makannya kena tarik ekor yang nampak keluar sedikit dari cengkerang tu.. takpun guna pencungkil gigi.. mudah je.. takyah sedut macam siput sedut tu.. Sedaplah.. Nurul suka!


Ada juga yang kata boleh dimasak rendang, tak tau la ea, belum dicuba, masak tumis pun ade juga Nurul jumpa masa surf cari info.. buatmasa ni, Nurul prefer rebus dan cicah je. Siput ni rendah lemak tinggi protein..


Siput Gonggong atau Siput Tarik?
Nampak tak benda warna coklat tua tu.. orang kata itu ekornye..
entah la.. ekor bukan ke kat bahagian belakang? urmm.....
Tarik ekor ni untuk keluarkan isinya... kalau putus, gunalah pencungkil gigi :))


Sebelum nak makan/masak pastikan siput ni dah disimpan dulu dalam 2 hari gitu, nak bagi siput ni 'berak'.. adehhh... peranjat juga Nurul bila mak cakap camtu.. rupanya, kalau dapat siput ni terus masak/makan, badannya masih berpasir tak bole dimakan.. ooo.. gitu citernye... tapi nak simpan kena la rendam dengan air laut ye.. kalau air biasa, matilah siput ni.. hehee..

Akak yang selalu Nurul beli kat perkampungan nelayan Pendas Laut, Gelang Patah, dah siap-siap simpan 3 hari, memahamilah akak tu, manalah nak dapat air lautkan..huhu..sebelum ni pernah juga beli dan terus masak, memang berpasir, tak dapat nak makan..


Siput Gonggong atau Siput Tarik?
RM8/kg.. lebihkurang dalam 20 ketul gitu (ketul? biji? ekor? haha... )

Sekarang ni tengah musim la agaknye siput ni, minggu sebelumnya pegi takde pun, Nurul beli murah juga RM8/kg.. tapi harus ingat ye, cengkerangnya itu berat dan tidak bole dimakan... hahahaa.. agak2 adalah dalam 20 ketul gitu.. Nurul beli 4kg.. puaslah juga mengerjakan..hihii.. baru ni Nurul pegi, sempat juga amik pic sekitar kawasan perkampungan Nelayan tu.. nanti Nurul share pic tu ea..

Terimakasih..sudi membaca :))

Sunday 26 October 2014

Salam Maal Hijrah 1436H

 



Thursday 23 October 2014

Inspirational words # 2


Wednesday 22 October 2014

Rabu yang bisu # 33

Rabu yang bisu #33

Wednesday 15 October 2014

Jom Jalan-jalan ke Masjid Sultan Singapore

Assalamu'alaikum..

Minggu lalu Nurul menghadiri majlis nikah anak saudara yang diadakan di Masjid Sultan, yang berada di Muscat Street berhampiran dengan Istana kampung Gelam.. Nak share dengan keterpukauan Nurul kehalusan seni bina masjid yang dah mencapai usia 190 tahun ini. 

Ia terletak disuatu jalan yang sibuk, honestly, sangat susah mendapat parking. jauhlah juga kena menapak dengan dulang-dulang hantaran.. ramai tourist kat sini, pelbagai bangsa, Masjid ini merupakan salah satu main attraction kat Singapore. 

Jom Jalan-jalan ke Masjid Sultan Singapore
Pandangan depan dalam masjid Sultan
Jom Jalan-jalan ke Masjid Sultan Singapore
Jalan raya(mempunyai gerbang) yang memisahkan masjid dengan kedai-kadai 
Jom Jalan-jalan ke Masjid Sultan Singapore
Berada disini membuatkan Nurul merasa berada di Melaka - Bandar Hilir
Jom Jalan-jalan ke Masjid Sultan Singapore
Antara gerai di depan Masjid
Jom Jalan-jalan ke Masjid Sultan Singapore
Pandangan tepi Masjid Sultan, dengan jalanraya yang tak pernah tidur
Jom Jalan-jalan ke Masjid Sultan Singapore
Pandangan depan Masjid Sultan..
Nurul sangat tertarik dengan kehalusan senibina luar
dan dalam dan ukiran Masjid ini
Jom Jalan-jalan ke Masjid Sultan Singapore
Source : www.yoursingapore.com

Gambar Bonus :

Jom Jalan-jalan ke Masjid Sultan Singapore
Ni pun kira bonus ke? hahaa.. bengang ke..?.. haha :D
Ssyyhhhh.. dendiammm.. nak Nikah ni :P

Monday 6 October 2014

Bot Tempur CB90 dijumpai!

Assalamua'laikum.. 


Alhamdulillah..  Syukur kepada Allah, Bot Tempur milik TLDM telah berjaya dijumpai dan kesemua 7 orang crew dalam keadaan selamat.

Berita lanjut:
Bot Tempur TLDM Ditemui, Semua Krew Dilaporkan Selamat | Suara TV - http://www.suara.tv/2014/10/06/bot-tempur-tldm-ditemui-semua-krew-dilaporkan-selamat/

PRAY FOR CB90-204

Assalamu'alaikum..


Dalam kegembiraan kita menyambut hariraya Aidiladha,  Bot Tempur CB90 masih belum dijumpai. Sama-samalah kita berdoa agar urusan pencarian dipermudahkan dan dapat terus dijalankan dengan izin Allah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Bot tempur TLDM belum ditemui, OP SAR diteruskan - Panglima TLDM

KUALA LUMPUR: Sebuah bot tempur bersama tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang hilang di perairan Pulau Mengalum, Sabah, pagi Ahad masih belum ditemui setakat 8 pagi ini.

Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam twitternya hari ini berkata kapal diraja (KD) Lekiu, KD Ganas, KD Serang dan dua aset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) KM Berani dan KM Mabul, masih meneruskan pencarian bot tempur CB90.

"Sehingga 8 pagi tadi, masih belum ditemui. KD Lekiu, KD Ganas, KD Serang, ,KM Berani dan KM Mabul meneruskan pencarian, B200T ditugaskan.

"Keadaan laut bergelora (tahap 5) serta hujan awan rendah menyukarkan pencarian oleh kapalx (super Lynx TLDM) dan pesawat Beechcraft dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR)," kata Abdul Aziz di laman Twitternya itu.

Bot tempur yang dinaiki tujuh kru diketuai Lt Azri Bakar terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.

Dalam satu kenyataan malam tadi, Abdul Aziz berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada 11.15 pagi.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/...-tldm-45401?cp

Sunday 5 October 2014

Salam Aidiladha 2014

Assalamua'laikum....


Nurul mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya Aidiladha pada semua pengunjung blog ini. Terimakasih atas kesudian meluangkan masa berkunjung kesini, Nurul amat menghargainya... 


Nurul juga mohon ampun dan maaf zahir dan batin andai selama Nurul bersiaran disini.. hehee... atau semasa Nurul blogwalking, Nurul ada meninggalkan komen yang menyinggung perasaan. Sesungguhnya, itu diluar kemahuan dan niat. Sekian.. Terimakasih.. (perasan retiss la pulok.. Hahaaa :-P) 

Wednesday 1 October 2014

Rabu yang bisu # 32