Friday 25 October 2013

Kisah Nabi Mengajar Kita Keluar Dari Kemiskinan

Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad SAW meminta bantuan.

Baginda pun bertanya, "Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?"

Lelaki Ansar itu menjawab, "Ya ada. Iaitu pakaian kasar yang dapat menggalas punggung unta. Sehelai kami gunakan dan yang sehelai lagi kami hamparkan dan juga bekas minuman.

Rasulullah SAW pun terus berkata, "Bawa kedua-duanya kepada aku."

Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah SAW lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, "Siapa yang mahu membeli dua barang ini?"

Seorang lelaki menjawab, " Aku akan membelinya dengan 1 dirham."

Rasulullah SAW pun berkata dan mengulangi 2, 3 kali, "Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?".

Seseorang pun menjawab., "Saya mahu membelinya dengan 2 dirham."

Rasulullah SAW pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata, "Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawakan kepadaku."

Lelaki Ansar tadipun melaksanakan arahan Rasulullah SAW dan memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda.

Rasulullah SAW memasangkan dengan kayu lalu berkata, "Nah (kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu disini selama 15 hari ini."


Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari, lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah SAW bersama 15 dirham.

Rasulullah SAW berkata, "Beli makanan dan bakinya beli pakaian. Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari kamu datang meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari Akhirat. Sesungguhnya, meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang kerugian teruk atau darah yang menyakitkan."

No comments :