Wednesday 13 February 2013

Az-One sasar jualan cecah RM2j


Oleh: NURUL HIDAYAH HAMID
Tarikh: January 25, 2013


Az-One Industry Sdn Bhd yakin mencapai jualan produk RM2 juta menjelang hujung tahun ini.

Pengerusinya, Abdul Aziz Hassan berkata, dengan memiliki 15 stokis, sebuah cawangan dan hampir 1,000 pengedar produk, keuntungan diperoleh syarikat amat memberangsangkan.

“Buat masa sekarang, syarikat mengeluarkan 63 produk sedia ada termasuk jus, kordial, kopi nanas, teh nenas dan lain-lain.

“Selain produk sedia ada, syarikat turut melancarkan produk baru seperti kopi nanas dan teh nanas dengan formula baru, kopi nanas dengan kolagen serta teh nanas dengan kolagen,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Aziz berkata, syarikat merancang untuk menambah pengeluaran dan memasarkan produk dengan lebih agresif.

“Pada masa hadapan, syarikat juga bercadang untuk mewujudkan kilang memproses bahan mentah sendiri,” katanya.

Dengan slogan 'Kepuasan Anda Adalah Jaminan Kami', Az-One Industry menjamin produk yang dihasilkan halal, murah, berkualiti dan bermutu dengan status pengiktirafan yang diperoleh daripada pihak HACCP.

Menurutnya, produk sedia ada pasti menjadi pilihan pelanggan melalui gabungan formulasi produk yang cukup unik, berkhasiat dan sedap untuk dinikmati seluruh keluarga.
Sumber

No comments :